Friday, 11 November 2011

TARIKH KERAMAT


SKTM Jumaat 11.11.11
Ramai yang tertarik dengan angka 11.11.11 sehingga ada yang menamakan hari ini sebagai 'Tarikh Keramat'. Sebuah keluarga berhampiran tempat tinggal penulis mengadakan walimatul urus hari ini 11.11.11 dan jamuannya bermula jam 11.11 pagi. Namun bagi warga SKTM, aktiviti yang direncana berjalan seperti yang dirancang. Guru-guru mula mengeksplorasi perisian pembelajaran MBMMBI yang dipasang semalam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Akses Sekolah. Setiap perisian tersebut mengandungi 50 modul yang boleh diakses sendiri oleh murid bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. SK Teluk Medan dipilih sebagai sebuah sekolah rintis bagi program Makmal Bahasa MBMMBI yang akan diperluaskan secara berperingkat. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah SKTM mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 10.40 pagi. Guru-guru SKTM turut dijemput menghadiri jamuan tersebut.

Thursday, 10 November 2011

KORBAN AKIKAH 2011


SKTM Rabu 13 Zulhijjah 1432.
Majlis Korban dan Akikah 1432 yang dirancang perlaksanaannya pada lewat tengahari terpaksa diawalkan waktu penyembelihannya memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi warga pendidik dan kakitangan SKTM, Majlis Korban dan Akikah 1432 ini tidak mungkin dilupakan kerana rata-rata daripada mereka mengakui inilah pengalaman pertama mengendali proses penyembelihan korban. Sebahagian daripada daging korban dan akikah tersebut diedarkan kepada murid-murid SKTM manakal sebahagian lagi dimasak untuk jamuan murid. Majlis Korban dan Akikah 1432 dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTM yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Sementara itu, persiapan untuk Majlis Khatam Al-quran 1432 yang akan berlangsung esok terus dijalankan. (foto)

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011




SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi. ( lihat foto )

Wednesday, 2 November 2011

SALAM AIDIL ADHA


Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban 1432 Hijrah kepada seluruh muslimin

Tuesday, 4 October 2011

JATI DIRI MEMBINA PELAJAR CEMERLANG

SKTM Rabu 05.10.2011
Ceramah motivasi berjudul ' Jati Diri Membina Pelajar Cemerlang ' khusus untuk murid-murid tahun 4 dan 5 diadakan di surau sekolah mulai jam 11.00 pagi. Ceramah motivasi disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Antara intipati ceramah tersebut ialah :
1. Pengurusan diri.
2. Harapan ibu-bapa dan keluarga.
3. Teknik membina keyakinan diri.
4. Tugas seorang murid dan ;
5. Beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah guru-guru tahun 4 dan 5 SK Teluk Medan. Ceramah motivasi ' Jati Diri Membina Pelajar Cemerlang ' dianjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan SK Teluk Medan.
" Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan "

TABUNG MANGSA KEBAKARAN


Keluarga adik Nurull Ashikin bt. Puzi, murid tahun 5B2 SK Teluk Medan diselubung kepiluan apabila kediaman mereka hangus dijilat api kira-kira jam 12.00 tengahari semalam. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga adik Nurull Ashikin. Kepada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas. Seluruh warga SK Teluk Mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nurull Ashikin. Semoga tabah menghadapi ujian Allah.