Saturday 18 February 2012

USIA TIDAK MENGHALANG CITA-CITA

Seramai tujuh lagi warga pendidik SK Teluk Medan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pengajaran bermula Februari 2012. Warga pendidik yang dimaksudkan ialah Pn.Hjh.Noraini Sulaiman (UPSI), Pn.Harina Zaniol (UPSI), Pn. Haslila Aminuddin (UPSI), Pn.Paizah bt. Shouib (UPSI), Pn.Amnah (OUM), Pn.Hazira Sam (OUM) dan Ustaz Yusof Shuib (IPG Kampus Tuanku Bainun). Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada guru-guru berkenaan. Usia tidak menghalang cita-cita. Semoga menjadi motivasi kepada anak-anak SKTM.

Sunday 12 February 2012

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2012

SKTM Isnin 13.02.2012
Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas SKTM berlangsung seperti yang dirancang. Tn.Hj.Yazid b. Rumbali, Guru Displin SKTM mengumumkan 52 orang murid yang telah dipilih sebagai pengawas sekolah bagi sesi persekolahan 2012. Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas SKTM dimulakan dengan lafaz ikrar menerima tanggungjawab yang diketuai oleh Nur Izzati bt. Rosli, Penolong Ketua Murid SKTM 2012. Penyampaian watikah perlantikan pengawas 2012 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar peranan pengawas sekolah bukan sahaja membantu pihak sekolah melaksanakan peraturan sekolah malahan pengawas sekolah perlu menjadi 'rules model' atau contoh ikutan kepada murid-murid lain. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang dilantik.

Thursday 2 February 2012

MAJLIS BACAAN YASIN 2012

SKTM Jumaat 10 Rabiulawal 1433H.
Seperti tahun-tahun lalu, Majlis Bacaan Yasin oleh murid tahun 6 mengisi aktiviti sesi bacaan pagi pada setia pagi Jumaat. Majlis dijalankan bertujuan untuk memohon rahmat Allah agar permudah dan berkati kehidupan seterusnya mencapai kejayaan gemilang dalam UPSR yang akan mereka hadapi hujung tahun ini. Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh al-fadhil Ustaz Tn.Hj. Ishak b. Napiah, guru Pendidikan Islam SKTM. Turut hadir ialah guru-guru SK Teluk Medan. Seluruh warga SKTM turut mengaminkan doa yang dibaca.