Tuesday 27 September 2011

AKTIVITI UNIT BIMBINGAN

Antara Aktiviti Unit Bimbingan SK Teluk Medan :
1. Informasi kecemerlangan diri.
2. Bimbingan individu.
3. Bimbingan Rakan Sebaya.
4. Kem Motivasi.
5. Kem Kecemerlangan UPSR.
6. Lawatan Sambil Belajar.

Wednesday 21 September 2011

TINTA GURU BIMBINGAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana atas motivasi pentadbir dan rakan-rakan seperjuangan lahir laman blog mini ini sebagai menyahut seruan untuk menjadikan ICT sebahagian daripada budaya kerja. Kelahiran laman blog ini diharapkan akan menjadi pemangkin kegemilangan Unit Bimbingan sekaligus merealisasikan SK Teluk Medan penjana pendidikan cemerlang dan gemilang. Ramai yang tidak menyedari kewujudan Unit Bimbingan di sekolah ini apatah lagi mengetahui peranan dan sumbangan Unit Bimbingan dalam pembentukan sahsiah, budaya hidup dan jati diri warga SKTM. Laman blog Unit Bimbingan ini diharap akan menjadi wasilah dalam menyampaikan informasi berkaitan peranan dan aktiviti yang dilakukan oleh Unit Bimbingan SK Teluk Medan. Kerjasama dari semua pihak terutamanya pihak pentadbir, Unit ICT dan rakan-rakan seperjuangan amat saya perlulakan bagi merealisasikan Visi dan Misi Unit Bimbingan SK Teluk Medan. Murid Didahulukan Kegemilangan Diutamakan. Sekian wassalam.
Aminah bt. Ahmad Tasir - Guru Bimbingan SKTM.